GLOSS ABSOLU: RAIH RAMBUT GLOSY SEPERTI DI INSTAGRAM
Nak sangat rambut berkilau, lembut melantun macam yang viral di Instagram & TikTok, tapi tak tahu nak mula dari mana? Kérastase Gloss Absolu ada untuk mengubah segalanya! Rangkaian baharu ini direka khas untuk berikan efek kilauan maksimum yang anda impikan – tanpa kusut, tanpa rasa berminyak, dan tanpa rambut leper.

MENYELESAIKAN DILEMA RAMBUT GEN Z
Gloss Absolu memahami dilema rambut Gen Z anda impikan gaya rambut effortless & chic macam di runway, tapi realitinya sering berdepan dengan masalah frizz, cepat berminyak, dan rambut kurang bervolume. Rangkaian inovatif ini dicipta untuk menjembatani jurang antara impian dan realiti, dengan solusi khusus yang beri hasil ketara tanpa kompromi identiti unik anda.
RITUAL GLOSS ABSOLU
Rahsia rambut berkilau, sihat & menawan bermula di sini – dengan ritual lengkap Gloss Absolu.
LANGKAH 1: Cuci (Bathe)
Mulakan dengan Bain Hydra-Glaze Shampoo, formula ringan yang membersih lembut sambil memberikan rasa bersih dan segar pada rambut.
LANGKAH 2: Rawat (Treat)
Teruskan dengan Insta-Glaze Conditioner, rawatan bertekstur mewah yang menghidrat secara mendalam dan melicinkan serat rambut – menjadikan rambut sangat lembut dan mudah diurus.
LANGKAH 3: Gaya (Texturize)
Untuk perlindungan tambahan dan hasil lebih licin, sapukan Anti-Frizz Glaze Milk pada rambut basah sebelum mengeringkan. Akhiri dengan beberapa titis Glaze Drops Hair Oil – eliksir ringan yang menambah kilauan terakhir dan mengunci kelembapan untuk hasil berkilau yang tahan lama.
Setiap produk diperkaya dengan asid hyaluronik, asid glikolik & minyak mawar liar, mencipta transformasi rambut berkilau yang sebenar.
JOM CUBA RITUAL GLOSS SEKARANG


SAINS DI SEBALIK GLOSS ABSOLU
Penjagaan rambut Hydra-Glazing untuk rambut panjang yang mudah kusut dan frizzy.
Gloss Absolu bukan sekadar kecantikan – ia adalah hasil sains rambut yang canggih. Teknologi Hydra-Glazing inovatif dari Kérastase menjadi teras kepada rangkaian ini, dengan pendekatan tiga langkah untuk menghasilkan kilauan tahan lama:
1. MEMBESARKAN serat rambut dengan kelembapan,
2. MELICINKAN kutikel agar permukaan rambut memantul cahaya,
3. MEMBENTUK lapisan perlindungan terhadap kelembapan udara untuk mengelakkan frizz.
Hasilnya? Rambut anda akan berkilau dengan:
- *4 HARI rambut berkilau
- 100 JAM perlindungan anti-frizz**
- 100 JAM rambut lembut dan terhidrat**
- +87% kelicinan
*Ujian pengguna selepas penggunaan Bain + Fondant + Oil (104 pengguna)
**Ujian instrumental selepas penggunaan Bain + Fondant + Spray + Oil
KUASA ASID + MAWAR = MAGIK UNTUK RAMBUT ANDA
Rahsia transformasi Gloss Absolu terletak pada gabungan bahan aktif berkualiti tinggi:
![]() |
Asid Hyaluronik, terkenal dalam penjagaan kulit, kini melembapkan rambut secara mendalam. | |
![]() |
Asid Glikolik, bertindak sebagai pengelupas lembut untuk memperhalus tekstur rambut, menjadikannya lebih licin & berkilau. | |
![]() |
Minyak Mawar Liar, diekstrak secara bertanggungjawab dari Perancis, memberikan haruman yang memikat sambil menyubur & melindungi rambut. |
PENJAGAAN RAMBUT YANG LEBIH MEWAH
Gloss Absolu direka untuk menjadi pengalaman deria yang memanjakan. Daripada reka bentuk pembungkusan yang elegan dan premium, kepada tekstur produk yang mewah dan haruman yang memikat – setiap langkah dalam rutin Gloss Absolu menjadikan penjagaan rambut anda sebagai satu detik self-care yang eksklusif.
“
Pelanggan muda saya mahukan semuanya: rambut bersih tapi lembut, licin tapi tetap bergerak bebas, berkilau tapi ringan. Gloss Absolu adalah jawapan sempurna untuk hasil rambut yang berkilau, licin dan gebu
— HOVIG ETOYAN, Duta Profesional Global Kérastase


MENYENTUH HATI GENERASI BARU
Kérastase memahami betapa pentingnya hubungan yang autentik. Kempen Gloss Absolu, yang menampilkan ikon Gen Z seperti Sydney Sweeney dan Emily Ratajkowski, meraikan keunikan dan ekspresi diri.
Dengan mesej “Live Your Life in Gloss”, Gloss Absolu menyampaikan inspirasi kepada generasi ini untuk tampil lebih yakin dan bersinar dengan gaya tersendiri

TINGKATKAN GAYA RAMBUT ANDA
Gloss Absolu oleh Kérastase bukan sekadar penjagaan rambut – ia adalah pelaburan dalam ekspresi diri anda. Dengan pendekatan yang sofistikated, Gloss Absolu membantu anda miliki rambut sihat, berkilau dan penuh karakter. Inilah masanya untuk tingkatkan game rambut anda dan rasai transformasi sebenar dengan kilauan yang memukau.



