Produk Kérastase
Kenali Koleksi Kami
Diilhamkan oleh pengetahuan mendalam tentang wanita moden, Kérastase terus mencipta produk dan rawatan terbaik. Kenali rangakaian kami dan pilih yang sesuai dengan keperluan anda!

Rutin Hidra-Glazing
GLOSS ABSOLU
Penjagaan rambut hidra-glazing untuk rambut panjang yang cenderung keriting. Terima kasih kepada Asid Hyaluronik, Asid Glikolik dan Minyak Mawar Liar, rangkaian Gloss Absolu baharu kami memberikan gloss, kelembutan dan lantunan yang tahan lama tanpa memberatkan rambut. Lihat Lagi
#ShineOfAnIcon
ELIXIR ULTIME
Elixir Ultime: rangkaian yang wajib untuk mencantikkan rambut, meletakkan minyak istimewa sebagai formula utamanya. Kérastase mencipta rutin kecantikan 3 langkah untuk rambut sihat dan berseri. Lihat lagi


Rutin Anti Gugur
GENESIS
Genesis adalah rangkaian pertama untuk merawat kedua-dua jenis rambut gugur - pada akar dan serat yang rapuh, untuk semua wanita, dalam semua gaya hidup, dengan semua peringkat rambut gugur. Dilengkapi dengan kompleks yang paling mujarab untuk memenuhi keperluan rambut gugur: Aminexil, sel asli Edelweiss, Akar halia. Lihat lagi
Rutin Rambut Rosak
PREMIÈRE
Rangkaian Premiére dengan aksi ganda yang mampu meluruhkan partikel zat kapur dari rambut dan memperbaiki rambut rosak, mengembalikan kekuatan rambut dan menjadikannya lebih lembut, berkilau dan dapat mengembalikan 99% kekuatan alami rambut* Lihat lagi


Rutin Rambut Kering
NUTRITIVE
Rangkaian Kérastase Nutritive, penjagaan nutrisi yang dicipta untuk menjadikan rambut lembut, khusus untuk rambut kering di teras dengan rutin tersuai untuk tiga tahap kekeringan. Lihat lagi
Rutin Penjagaan Kulit Kepala
SPÉCIFIQUE
Rangkaian Kérastase Spécifique diciptakan khusus dengan inovasi teknologi untuk mengatasi masalah kulit kepala, seperti kulit kepala yang sensitif, gatal-gatal, berkelemumur, gugur, dan berminyak. Lihat lagi


Rutin Regenerasi Sel Kulit Kepala
CHRONOLOGISTE
Chronologiste menggabungkan teknologi canggih dan mewah dengan pengalaman deria yang unik. Rawatan pemulihan ini menghaluskan semua jenis rambut, dari kulit kepala hingga hujung.
Rutin Anti Kelemumur
SYMBIOSE
Symbiose adalah inovasi terbaru perawatan anti kelemumur yang erefektif. Gabungan bahan aktif yang mewah serta hasil yang mampu bertahan hingga jangka panjang untuk hasilkan rambut sihat impian anda. Lihat lagi


Rutin Rambut Berwarna
CHROMA ABSOLU
Kérastase mendahului dalam penjagaan warna melalui rangkaian Chroma Absolu dan meningkatkan tahap kesesuaian dengan inovasi dalam pembetulan kromatik.
Rutin Penebalan Rambut
DENSIFIQUE
Kehilangan rambut dan kepadatan rambut adalah kebimbangan berbeza yang Kérastase rawati dengan ritual khusus. Teknologi pemadatan rambut termasuk Asid Hyaluronik dan Intra-Cyclane® yang memberikan kelembapan untuk menguatkan dan melindungi rambut.


Rutin Anti Frizz
DISCIPLINE
Wanita sangat sukakan rambut yang teratur dan mudah dikawal. Kérastase mencipta penyelesaian yang tidak pernah berlaku sebelum ini: Disiplin, rangkaian canggih berdasarkan teknologi canggih dan mengandungi kepekatan Pro-Keratin tertinggi bagi mana-mana rangkaian Kérastase.
Janji temu di salon
Lebih dari sekadar tempat untuk mewarnai akar rambut atau memotong rambut, tetapkan janji temu di salon Kérastase terdekat untuk diagnosa rambut peribadi percuma atau bercakap dengan pendandan rambut anda mengenai rawatan istimewa dan eksklusif Fusio-Dose. Anda boleh kunjungi salon pada bila-bila masa untuk melihat dan membeli rangkaian produk Kérastase tanpa perlu membuat janji temu.

