Hero banner illustration for The Finest Ingredients on Earth article on Kérastase website
Wild Power

Bahan-bahan Terbaik di Bumi

Samoan Coconut Oil, Amazonian brazil nut oil, Mexican aloe vera atau Thai rice bran oil, merupakan bahan-bahan yang tiada tandingannya untuk rambut. Alami bahan-bahan semula jadi yang memberikan Aura Botanica kuasa luar biasa.

Finest Ingredients On Earth Article 1 Kerastase

Samoan Coconut Oil

 

Minyak kelapa dara yang diproses dua kali dengan tangan ini mengandungi lipid berkhasiat seperti asid laurik, yang paling lama bertahan di permukaan serat, mengunci nutrisi dan kelembapan untuk kelembutan, daa tahan dan sinar. Daripada sumber bertanggungjawab dan diperakui organik, proses pengekstrakan minyak membantu Samoa mencapai matlamatnya untuk menjadi sebuah pulau organik, sambil menjana pendapatan tetap dan mengekalkan cara hidup yang mapan bagi masyarakat pribumi di sana.

Amazonian Brazil Nut Oil

 

Aktif yang memberikan nutrisi luar biasa dengan formula yang ringan. Minyak ini diperolehi melalui penuaian liar dan proses pengekstrakan yang rumit. Pemungut kacang Brazil dikenali sebagai castañeros dan barriqueros berkhemah jauh di dalam hutan hujan Madre de Dios untuk musim menuai. Kacang-kacang tersebut kemudiannya dipilih dan dipecahkan dengan tangan untuk pengekstrakan dingin bagi memelihara kandungan nutrien asid lemak , selenium dan vitamin E.

Finest Ingredients On Earth Article 3 Kerastase
Finest Ingredients On Earth Article 6 Kerastase

Thai Rice Bran Oil

 

Kaya dengan vitamin, Thai Rice Bran Oil merupakan bahan penting yang menawarkan perlindungan luar biasa untuk setiap helaian rambut. Kaya dengan vitamin dan antioksidan, ia melindungi rambut dari pencemaran alam sekitar dan unsur-unsur untuk mengekalkan kelembutan semula jadi dan cahaya yang sihat.

Amazonian Murumuru Butter

 

Berasal dari Peru dan Brazil, mentega berkhasiat ini diekstrak dari biji kelapa sawit murumuru untuk khasiat luar biasanya dalam mengawal rambut keriting dan tebal. Ia meresap ke dalam serat dan menguatkannya, mengunci kelembapan dan memberikan kelembutan luar biasa yang bertahan untuk jangka masa panjang.

Finest Ingredients On Earth Article 5 Kerastase
Finest Ingredients On Earth Article 4 Kerastase

Mexican Aloe Extract

 

Bahan pelindung yang melapisi dan menghidrat serat, lidah buaya menawarkan lapisan perlindungan penting terhadap penceroboh luaran. Ditemui di tenggara Mexico yang kaya dengan kepelbagaian biologi, tumbuhan ini adalah sukulen yang tidak dapat dimusnahkan dan tumbuh subur walaupun di kawasan yang tidak subur. Kami bekerjasama dengan Petani Campeche di sana, yang menggunakan tanah organik yang diperakui untuk menghasilkan bahan yang bebas daripada pengawet dan pencemar.

Paraguayan Sugar

 

Gula menawarkan faedah kosmetik yang baik untuk rambut, memberikan bentuk dan tekstur dengan kelembutan dan kemasan berkilat. Berasal dari perkampungan kecil di luar Paraguayan Asunción, Montillo Cooperative menyediakan gula tebu organik dari lebih dari 400 petani, memperkaya masyarakat setempat dengan perdagangan yang adil, bantuan teknikal, produk yang lebih baik dan akses kredit.

Finest Ingredients On Earth Article 7 Kerastase
Finest Ingredients On Earth Article 2 Kerastase

Moroccan Argan Oil

 

Minyak berharga yang diperkaya dengan Omega-6 dan -9 ini menembusi jauh ke dalam serat, melembapkan rambut dari dalam. Diekstrak dengan tangan dari isirong pokok Argan di hutan barat daya Maghribi, Rizab Biosfera UNESCO, dibekalkan oleh koperasi yang memelihara budaya tempatan dengan menyediakan pendapatan yang adil dan sokongan kepada wanita Berber.

Janji Temu di Salon

Cari Salon Terdekat

Lebih dari sekadar tempat untuk mewarnai akar rambut atau memotong rambut, tetapkan janji temu di salon Kérastase terdekat untuk diagnosa rambut peribadi percuma atau bercakap dengan pendandan rambut anda mengenai rawatan istimewa dan eksklusif Fusio-Dose. Anda boleh kunjungi salon pada bila-bila masa untuk melihat dan membeli rangkaian produk Kérastase tanpa perlu membuat janji temu.

PERKHIDMATAN

Penjagaan Peribadi Anda

Fusio-Dose In Salon

Ketahui lebih lanjut mengenai rawatan khusus di salon yang memperbaiki kualiti rambut dalam masa 5 minit.

Produk yang Sesuai untuk Anda

Ambil kuiz diagnosis rambut bagi mencari campuran produk terbaik untuk rambut anda.

Locator Cari salon

Cari salon Kérastase yang terdekat untuk menerima diagnosa peribadi anda, serta kenali ritual salon dan produk yang tersedia.